Kita masih lagi akan melihat gaya bahasa. Pada kali ini kita akan membincangkan gaya bahasa erotesis. Gaya bahasa erotesis ialah gaya bahasa pengulangan yang menggunakan kata tanya yang sering digunakan dalam ucapan, pidato, perbahasan atau penulisan yang tujuannya adalah untuk mencapai keberkesanan yang mendalam dan penekanan serta pertanyaan yang disuarakan atau persoalan yang diajukan itu tidak mengharapkan jawapan (Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, 2005).
Contohnya adalah seperti berikut :
1. Apakah patut kita berdiam sahaja, apabila negara kita diserang musuh? Adakah patut kita berdiam sahaja, apabila negara kita ditaburkan dengan beribu-ribu bom? Apakah patut kita berdiam sahaja, apabila negara kita bermandikan darah anak-anak kecil, kaum ibu dan orang-orang tua yang tidak berdosa.
2. Di manakah maruah kita apabila negara kita diceroboh? Di manakah hendak kita letakkan air muka pahlawan agung kita Hang Tuah? Di manakah pendirian kita, yang kita laungkan kita rkayat Malaysia? Di manakah janji-janji yang pernah kita ikrarkan melalui rukun negara sebelum ini? Di mana?
3. Kenapakah dia gagal? Kenapakah apabila dia gagal kita pula yang dipersalahkan? Kenapakah jadi begitu? Kenapa?
ULASAN : Berdasarkan definisi yang telah diberikan, kita dapat lihat bahawa gaya bahasa ini digunakan untuk memberi penekanan kepada sesuatu ayat tersebut. Jadi, saya boleh katakan bahawa, penutur atau penulis menggunakan gaya bahasa ini untuk menunjukkan ayat tersebut adalah lebih penting berbanding ayat-ayat lain dan juga mahu orang yang mendengar atau membacanya lebih memberi tumpuan pada ayat tersebut. Kesannya, mesej yang ingin disampaikan itu berjaya disampaikan dengan baik.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan