Percayakah anda yang kita banyak menggunakan alonim dalam kehidupan seharian kita? Adakah anda faham apakah yang dimaksudkan dengan alonim ini? Alonim adalah gelaran atau panggilan nama lain bagi seseorang atau sesuatu. Kebiasaannya gelaran atau panggilan ini kita berikan kepada seseorang yang rapat atau hampir dengan kita. Antara sebab penggunaan alonim ini adalah untuk memudahkan kita mengingati seseorang itu.
Antara contoh penggunaan alonim ini adalah seperti berikut :
1. 'Mat' atau 'Mamat' ialah alonim bagi nama 'Muhammad'.
2. 'Man' atau 'Deraman' ialah alonim bagi nama 'Abdul Rahman'.
3. 'Soh' atau 'Jusoh' ialah alonim bagi nama 'Yusoff'.
4. 'Noh' atau 'Nah' atau 'Senah' atau 'Mek Nah' ialah alonim bagi nama 'Hasnah'.
ULASAN : Satu perkara yang paling mustahak dalam penggunaan alonim ini ialah kita perlu pastikan bahawa orang tersebut selesa dengan panggilan atau gelaran yang kita berikan kepadanya. Hal ini demikian kerana perkara ini dapat mengelakkan seseorang itu terasa hati dengan kita sekiranya panggilan kita itu dapat menjatuhkan air mukanya di hadapan orang lain. Tiada masalah jika kita mahu menggunakan alonim ini tapi kita perlu pastikan orang tersebut tidak kisah dengan panggilan atau gelaran yang kita berikan kepadanya.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan