Blog ini telah dibina khas untuk kursus Sosiolinguistik Melayu (BML 3073). Kursus ini merupakan kursus wajib bagi pelajar major Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Bagi kumpulan A, kursus ini diajar oleh Puan Husna Faredza bt Mohamed Rezwan yang telah meminta kami untuk menyiapkan beberapa tugasan secara individu dan juga kumpulan.
Tugasan individu ini ialah menulis 40 situasi yang berkaitan sosiolinguistik Melayu dengan turut memberikan pendapat, komen, rumusan atau kritikan tentang situasi tersebut. Situasi atau peristiwa tersebut mestilah mempunyai perkaitan antara bahasa dan juga masyarakat. Tugasan ini bermula dari minggu ke 3 kuliah dan akan berakhir pada minggu ke 10 nanti.
Tanjung Malim, Perak
6 Mac 2012