Jika sebelum ini saya pernah membincangkan tajuk mengenai peribahasa, simpulan bahasa dan juga pepatah. Kali ini saya akan berkongsi pula sedikit maklumat mengenai perumpamaan. Perumpamaan
ialah kata-kata yang membawa makna tersurat dan tersirat. Perumpamaan
banyak digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Mereka menggunakan perumpamaan untuk pelbagai tujuan. Perumpamaan ini digunakan untuk memberi teguran, nasihat
dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus. Melalui penggunaan kata
perumpamaan, individu yang mendengar tidak mudah tersinggung. Oleh sebab itu,
memang wajarlah penggunaan kata perumpamaan digunakan bagi mengelak pelbagai
salah sangka yang akan timbul.
Perumpamaan
mempunyai banyak kegunaannya bukan sekadar mencantikkan bahasa tetapi juga mengandungi
maksud yang tersirat dan tersurat. Contoh perumpamaan yang mengandungi nasihat
adalah seperti "ada beras taruh dalam padi, ada ingat taruh dalam hati." Perumpamaan
tersebut menyampaikan nasihat supaya kita tidak membocorkan rahsia seseorang
dan menyimpannya sebaik mungkin. Hal ini adalah kerana, jika kita membocorkan
rahsia seseorang nescaya kita akan bergaduh denganya. Maka lebih baik kita
hanya berdiam diri tanpa memberitahu pada sesiapa. Jika kita meneliti dengan
lebih dalam, kata-kata perumpamaan tersebut juga ada menggunakan unsur alam
dalam memberi nasihat seperti perkataan beras dan padi. Oleh sebab itu,
penggunaan unsur alam dalam perumpamaan tidak terbatas walaupun sekadar untuk
memberi nasihat.
ULASAN : Jelas menunjukkan kepada kita perumpamaan ini sesuatu
yang amat unik, menarik dan istimewa sekali dalam
hubungannya dengan kehidupan masyarakat baik yang silam mahupun yang ada pada
masa sekarang. Perumpamaan itu tidak seharusnya hilang kerana segala yang digambarkannya
adalah refleksi kepada kehidupan masyarakat itu sendiri. Sebagai warisnya, kita
harus menjaga warisan Melayu yang diamanahkan ini agar tidak hilang ditelan
arus permodenan zaman.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan