Gaya ameliorasi merujuk
kepada amalan meningkatkan nilai makna sesuatu kata kepada yang lebih baik,
lebih tinggi atau yang lebih halus. Ameliorasi melihat kepada perubahan makna
kata yang nilai rasanya lebih tinggi dari asalnya bagi tujuan membentuk
kesantunan berbahasa. Ameliorasi juga
digambarkan sebagai peningkatan makna daripada kurang baik kepada makna yang
lebih baik. Contohnya dalam bahasa Indonesia, penggangur dipanggil tunakarya.
Apabila kita memanggil dengan nama tersebut, kita dapat membentuk kesantunan
berbahasa dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Selain itu, terdapat
contoh lain iaitu kata bilik air membawa makna yang lebih halus berbanding
dengan jamban atau tandas. Terdapat juga contoh ayat yang
terdapat dalam teks Guruh iaitu:
“tubuhnya
gempal, berkaca mata, kulitnya hitam manis”.
Berdasarkan ayat berikut, pengarang telah menggunakan
kata gempal untuk menggantikan kata gemuk kerana kata gempal lebih halus
berbanding kata gemuk. Gaya bahasa ini
juga dapat dilihat dalam ayat, “Memanglah orang kata kita tidak elok membuat
persiapan untuk ibu sebelum betul-betul ibu menutup
mata akhir dan ayat “…tetapi saya ingin menghembuskan
nafas saya di sini juga”. Kata menutup
mata dan menghembuskan nafas
digunakan untuk menggantikan kata ”mati” kerana kata ”mati” memberi nilai yang
kurang halus berbanding perkataan menutup mata dan menghembuskan nafas
(Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, Mohd Ra’in Shaari 2009 : 77).
ULASAN : Kata lain yang
sama erti dengan ameliorasi ialah bahasa
halus atau eufemisme dalam bahasa Melayu. Bahasa halus ialah sistem bahasa yg beradat, bersopan santun dan
berbudaya tinggi. Bahasa halus digunakan untuk menghormati orang yang dilawan
bercakap, menjaga perasaan
orang yang dilawan bercakap,
mewujudkan kemesraan dan menghormati
peraturan adat istiadat. Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang
yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang
dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan
perkataan dan kata ganti nama. Bahasa halus menggunakan nada pengucapan yang
rendah, lembut dan menimbulkan kemesraan.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan