Pejorasi
merupakan proses perubahan makna sesuatu kata daripada yang asal kepada yang
mempunyai nilai makna yang lebih rendah seperti dalam ayat “Agaknya bininya belum pulang-pulang dari subuh
tadi…” (Abdullah Yusof, 2009 : 78). Berdasarkan perkataan bininya yang ditebal hitamkan dalam ayat tersebut, kita dapat
melihat bahawa perubahan nilai yang lebih rendah telah berlaku.
Hal
ini demikian kerana, perkataan bininya
adalah lebih rendah nilai maknanya berbanding dengan perkataan isterinya. Selain itu, dalam ayat
“perut perempuan yang berkulit cerah itu membuncit”,
dilihat sebagai ayat yang menggunakan perkataan yang agak keras, kurang sedap
didengar dan rendah nilai maknanya. Perkataan membuncit dalam ayat tersebut telah digunakan untuk menggambarkan
bahawa perempuan yang berkulit cerah itu sebenarnya hamil.
ULASAN : Kita dapat membuat kesimpulan bahawa gaya bahasa yang berbentuk pejorasi ini
merupakan pemilihan kata yang membawa nilai makna yang rendah, agak keras dan
kurang sopan oleh seseorang penulis. Penggunaan gaya bahasa ini tidak seharusnya digunakan
secara meluas dalam karya kreatif.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan