Bahasa Melayu mempunyai pelbagai gaya bahasa menarik yang menggunakan bahasa sebagai alat dalam menyampaikan pandangan terhadap sesuatu perkara. Peranan gaya bahasa ini adalah untuk menyampaikan maksud kepada orang lain baik daripada bentuk lisan mahupun tulisan. Satu daripada contoh gaya bahasa ini adalah bahasa sindiran.
Bahasa sindiran adalah perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang tanpa disebut atau dinyatakan secara tepat. Sindiran ini hanya disampaikan secara berkias dan tidak dinyatakan secara berterus terang. Orang Melayu terutamanya menggunakan bahasa sindiran ini untuk meyatakan sesuatu yang terbuku di hati atau melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu secara tidak berterus-terang dan penuh hormat. Antara contoh bahasa sindiran adalah seperti berikut :
"Hai, sekejap sahaja dah berhenti?"
(Sindiran ini ditujukan kepada seseorang yang cepat letih atau berhenti daripada melakukan sesuatu pekerjaan.)
"Orang yang baik itu adalah orang yang memberi faedah kepada orang lain.."
(Sindiran ini ditujukan kepada orang yang suka menjahati orang lain kerana ingin menyindir perbuatan jahatnya itu.)
ULASAN : Bahasa sindiran ini sangat baik untuk digunakan bagi
menyedarkan seseorang selain tidak memalukan orang tersebut asalkan dengan
penggunaan bahasa yang betul. Jika bahasa sindiran ini tidak digunakan dengan
cara yang betul, keadaan lebih buruk seperti pergaduhan boleh berlaku kerana
tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu perkara itu adalah berbeza antara
satu sama lain. Sekiranya kita mahu menggunakan setiap contoh bahasa sindiran
ini, kita perlu pastikan bahawa orang yang kita mahu sampaikan bahasa sindiran
ini dapat menerima tindakan kita tanpa sebarang prejudis.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan