Entri seterusnya ini kita akan melihat
konsep logik dan juga makna. Kedua-dua konsep ini mempunyai beberapa perbezaan
tetapi ianya mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Kita perlu tahu
membezakan antara kedua-duanya. Makna mempunyai perkaitan atau pertautan antara
unsur- unsur bahasa itu sendiri. Oleh yang demikian, untuk melihat sesuatu kata
itu bermakna atau tidak haruslah melihat kepada perhubungan antara kata dan
perkara yang berkaitan dengan kata tersebut. Hal ini bermakna setiap kata yang
dikaji mempunyai makna tertentu atau maknanya yang tersendiri. Selain itu,
makna juga dikatakan sebagai penghubung bahasa dengan dunia luar sesuai dengan
kesepakatan para pemakainya iaitu penutur sehingga dapat saling memahami dan
mengerti. Hal ini bermakna, makna itu mengambil aspek makna yang diberikan
melalui kesepakatan masyarakat supaya proses berkomunikasi itu dapat berjalan
dengan sempurna dan saling memahami perkara yang ingin disampaikan.
Logik pula boleh didefinisikan sebagai dapat diterima
oleh akal, masuk akal dan munasabah. Oleh yang demikian, perkara yang tidak
dapat diterima akal atau kata yang luar biasa adalah tidak termasuk kepada kata
yang logik. Dalam hal ini, logik dilihat sebagai satu pengkajian berkenaan
prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu sama ada secara inferens atau
demonstrasi. Inferens di sini bermaksud sesuatu yang diketahui secara langsung
manakala demonstrasi ialah sesuatu yang diketahui setelah dijalankan penyelidikan. Kedua-dua
perkara ini merupakan sesuatu yang berbeza. Logik dalam hal ini merujuk kepada
rentetan cara untuk mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan beberapa andaian
yang mempunyai alasan yang kukuh. Namun, dalam bidang semantik, ‘makna logik’
adalah makna yang ditinjau dari sudut kebenaran iaitu makana yang dapat
diterima oleh akal manusia.
Contohnya, ‘Salji turun di negara
Malaysia’. Ayat ini dikatakan tidak logik atau tidak betul kerana pernyataan
dalam ayat tersebut dikatakan melanggar kebiasaan umum berkaitan cuca di
Malaysia iaitu kebiasaannya hujan yang akan turun di Malaysia bukannya salji.
Hal ini kerana salji hanya turun di negara yang beriklim sejuk bukannya
beriklim khatulistiwa seperti negara kita. Oleh yang demikian, ayat ini
dikatakan tidak dapat diterima akal dan diklasifikasikan sebagai tidak logik.
Ayat ini hanya menjadi logik jika dibertulkan kepada ‘Hujan turun di negara
Malaysia’.
ULASAN : Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa terdapat perhubungan
yang rapat antara logik dan makna. Selain itu, terdapat juga hubungan rapat
antara kata dan makna. Jika sesuatu ayat itu logik, maka ayat tersebut akan
mempunyai makna. Sesuatu perkataan itu boleh membawa makna yang berbeza jika
digunakan dalam situasi yang berbeza. Dalam hal ini juga, sesuatu perkataan itu
bukan sahaja dilihat dari segi maknanya tetapi juga perlu dilihat dari sudut
situasi logiknya. Oleh yang demikian, sesuatu ungkapan itu tidak mempunyai
makna jika mengandungi unsur-unsur yang tidak dapat diterima akal dan akhirnya
akan sukar untuk diterima oleh sesetengah pengguna bahasa.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan