Situasi kedua ini masih lagi berlaku di negeri Sabah, negeri di bawah bayu. Pada hari pertama program, kami telah diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri kerana program hanya akan bermula pada keesokkan harinya. Oleh sebab masih kepenatan menempuh perjalanan yang agak panjang iaitu 13 jam dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu dengan bas, jadi saya mengambil keputusan untuk berehat sahaja sepanjang hari tersebut sambil beramah mesra dengan keluarga angkat baharu.
Dipendekkan cerita, keluarga angkat saya mempunyai 5 orang anak. Seorang perempuan dan 4 orang lelaki. Jadi, masa yang ada itu saya gunakan untuk mengenali mereka semua dengan lebih rapat lagi. Anak bongsu keluarga angkat saya bernama Ajai. Di bawah ini adalah perbualan antara saya dan Ajai..
Saya : Siapa nama adik?
Ajai : Nama aku Ajai.
Saya : Berapa umur Ajai?
Ajai : Umur aku 7 tahun.
Melalui perbualan di atas, kita dapat perhatikan bahawa Ajai menggunakan kata ganti nama diri pertama 'aku' untuk membahasakan dirinya. Berlainan dengan saya yang lebih selesa menggunakan kata ganti diri pertama 'saya' bagi merujuk kepada diri saya. Sebenarnya bukan hanya Ajai tetapi semua ahli keluarga angkat saya membahasakan diri mereka sebagai 'aku' apabila bercakap dengan orang lain. Ayah dan ibu angkat saya juga menggunakan kata ganti nama diri pertama 'aku' untuk merujuk kepada diri mereka. Saya pada mulanya sedikit kekok dengan keadaan ini.
Situasi ini juga telah mengingatkan saya kepada seorang sahabat ketika saya semester satu dahulu. Dia juga menggunakan kata ganti diri pertama 'aku' ketika bercakap dengan saya walaupun pada ketika itu kami baru pertama kali berjumpa. Sepatutnya, kata ganti diri pertama 'saya' lebih sesuai digunakan kerana dilihat lebih mesra untuk seseorang yang kita baru kenal. Namun begitu, tidak beberapa lama selepas itu baru saya menyedari bahawa orang Sabah sememangnya menggunakan kata ganti diri pertama 'aku' bagi merujuk kepada diri mereka ketika bercakap dengan sesiapapun.
Ajai
ULASAN : Pada pandangan saya, kita tidak patut menyalahkan Ajai kerana dia belum begitu memahami kepentingan atau keperluan menggunakan kata ganti diri pertama dengan betul. Begitu juga dengan ayah dan ibu angkat saya kerana mereka sekian lama telah menggunakannya dan mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk berubah secara mendadak. Ketika bercakap dengan saya pun, ayah angkat saya berusaha untuk membahasakan dirinya dengan menggunakan nama sendiri (Sabri) bagi mengelak menggunakan kata ganti diri 'aku' itu.
Saya teringat satu kisah iaitu seorang guru baharu di sebuah sekolah di Sabah yang telah memarahi anak muridnya membahasakan dirinya sebagai 'aku' dengan guru tersebut. Guru tersebut seharusnya memahami bahawa bagi orang Sabah, kata ganti nama diri pertama 'aku' itu dianggap mesra apabila bercakap dengan orang lain. Guru tersebut perlu memainkan peranannya bagi memastikan murid tersebut keluar daripada kebiasaannya iaitu dengan menggunakan kata ganti diri pertama yang betul untuk masa-masa akan datang.
Saya teringat satu kisah iaitu seorang guru baharu di sebuah sekolah di Sabah yang telah memarahi anak muridnya membahasakan dirinya sebagai 'aku' dengan guru tersebut. Guru tersebut seharusnya memahami bahawa bagi orang Sabah, kata ganti nama diri pertama 'aku' itu dianggap mesra apabila bercakap dengan orang lain. Guru tersebut perlu memainkan peranannya bagi memastikan murid tersebut keluar daripada kebiasaannya iaitu dengan menggunakan kata ganti diri pertama yang betul untuk masa-masa akan datang.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan