Pada semester ini, saya dan rakan-rakan yang lain diwajibkan menjalankan pengajaran mikro sebagai persediaan untuk praktikum nanti. Pengajaran mikro ini memerlukan kami semua membincangkan tajuk-tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan kemahiran yang telah ditetapkan. Jangka masa pengajaran mikro ini adalah selama 5 hingga 10 minit. Pengajaran mikro ini akan dinilai oleh pensyarah kursus iaitu Encik Razali Ayob.
Semasa kami menjalankan pengajaran mikro ini, terdapat banyak kesalahan bahasa yang telah kami lakukan tanpa sedar. Perkara tersebut telah ditegur berulang kali oleh Encik Razali. Antara kesalahan bahasa yang sering kami lakukan ialah tidak menggunakan kata sendi nama yang betul ketika bercakap atau mengajar di dalam kelas. Kebanyakan daripada kami lebih gemar menggunakan perkatan 'dekat' berbanding kata sendi nama 'di' yang sepatutnya lebih tepat digunakan dalam ayat. Contoh ayat yang tidak menggunakan kata sendi nama 'di' dengan betul ini adalah seperti di bawah :
"Saya belajar 'dekat' Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
dalam bidang pendidikan.."
Ayat yang sepatutnya ialah :
"Saya belajar 'di' Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
dalam bidang pendidikan.."
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan