Semalam ketika makan di sebuah kedai, saya telah ditegur dari belakang oleh kawan saya yang pernah terlibat sekali dengan program Kelab Fasilitator Bitara UPSI ketika semester 4 dahulu. Kami sempat berbual seketika mengenai beberapa perkara seperti tentang praktikum, aktiviti terdekat dan beberapa perkara lain.
Secara tidak sengaja, kawan saya itu telah bertanyakan saya mengenai soalan berkaitan tatabahasa. Kawan saya itu inginkan kepastian sama ada perkataan berimbuhan 'memastikan' atau 'mempastikan' yang betul digunakan dalam ayat setelah kata dasar 'pasti' itu menerima imbuhan apitan meN-...-kan.
Saya sebenarnya tidak menyangka yang dia akan bertanyakan soalan itu di situ iaitu di kedai makan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak menyalahkan dirinya kerana saya tahu dia mengharapkan jawapan daripada saya atas autoriti saya sebagai pelajar major Bahasa Melayu. Sepatutnya saya tiada sebab untuk gagal menjawab soalan tersebut.
Selama ini, saya telah biasa menggunakan perkataan 'memastikan' dalam membuat ayat dan saya lansung tidak pernah menggunakan perkataan 'mempastikan' dalam sesuatu penulisan. Apabila kawan saya itu bertanyakan perkataan yang betul antara kedua itu saya tidak memberikan jawapan di situ kerana jika saya memilih salah satu daripada perkataan itu pun, saya tidak dapat memberi sebab atau rasional saya memilih jawapan tersebut. Secara peribadi, saya berasa malu dengan diri saya kerana sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu yang akan mengajar Bahasa Melayu di sekolah nanti, saya gagal untuk menjawab soalan asas tersebut.
Salah seorang dalam gambar ini adalah kawan saya yang bertanyakan soalan tersebut. :)
ULASAN : Apabila kata dasar 'pasti' menerima imbuhan meN-, maka akan terbentuklah perkataan 'memastikan' dan bukannya 'mempastikan' seperti yang sering digunakan kebanyakan orang dalam ayat. Huruf 'P' hanya akan dikekalkan sekiranya kata dasar itu terdiri daripada kata pinjaman (iaitu bukan kata asli BM) yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain. Contohnya seperti di bawah :
- praktik (bahasa Inggeris) + meN- > mempraktik
- proses (bahasa Inggeris) + meN- > memproses
- pamer (bahasa Indonesia) + meN- > mempamer
- program (bahasa Inggeria) + meN- > memproses
p/s : Banyak lagi yang perlu saya belajar.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan