Negara kita sememangnya merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan juga keturunan. Negara kita boleh dikatakan unik kerana semua etnik ini mampu hidup bersama tanpa sebarang konflik yang besar. Tiga kaum yang dominan di negara kita adalah Melayu, Cina dan India.
Situasi yang saya akan kongsikan pada kali ini mempunyai kaitannya secara tidak lansung dengan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia ini. Pada kali ini saya akan kongsikan kepada semua mengenai bahasa pasar. Kita tidak boleh nafikan bahawa bahasa pasar pada hari ini digunakan secara berleluasa tanpa kawalan yang sewajarnya.
Saya merupakan kaum Melayu beragama Islam. Secara peribadi saya berasa sedikit hairan kerana adakalanya saya lihat bangsa saya 'lebih Cina' atau 'lebih India' daripada orang Cina atau India itu sendiri. Kenyataan saya ini dapat dilihat melalui contoh di bawah :
"Apek, ini bawang satu kilo berapa harga? Kasi murah-murah sikit la tokey.."
"Macha, lu sudah lama tunggu ka? Lu apa mau cari sama saya?"
ULASAN : Kita tidak boleh menyalahkan mereka apabila mereka bercakap bahasa pasar dengan kita kerana bahasa Melayu bukanlah bahasa pertama mereka. Namun begitu, kita mampu untuk berbuat sesuatu dengan menunjukkan contoh yang baik melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul dengan mereka. Jika kita selalu menggunakan bahasa Melayu yang betul, tidak mustahil lama-kelamaan mereka mampu untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan