POYO. Saya rasa perkataan itu sendiri sudah 'poyo'. Akhir-akhir ini, perkataan 'poyo' digunakan secara berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja tetapi pada masa yang sama mereka tidak dapat memberikan makna yang tepat tentang maksud perkataan ini apabila ditanya kepada mereka. Mari kita semak interpretasi 'poyo' dalam kalangan rakan-rakan saya.
1. Gedik/mengada-ngada
2. Macam bagus
2. Macam bagus
3. Cuba menonjolkan diri tidak kena tempat
4. 'Hampeh'
5. Berlagak hebat
Ini adalah antara maksud perkataan 'poyo' itu. Kita dapat lihat bahawa perkataan 'poyo' itu sendiri tidak mempunyai makna yang jelas. Ianya seolah-olah menggambarkan kepada semua perbuatan yang negatif. Pernahkan anda digelar sebagai 'poyo'? Adakah anda pernah terfikir sebab anda dipanggil dengan perkataan itu?
ULASAN : Perkataan 'poyo' ini merupakan bahasa slanga iaitu bahasa yang tidak rasmi. Bahasa slanga ini tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul atau bukan bahasa Melayu yang baku. Kita tidak seharusnya menggunakan bahasa slanga ini kerana bahasa seperti ini dianggap rendah tarafnya daripada bahasa standard selain merosakkan bahasa Melayu itu sendiri. Contoh perkatan lain yang menggunakan bahasa slanga adalah seperti 'brader', 'pakwe', 'makwe' dan 'gua'.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan