Gambar di atas ini mempunyai makna dan juga sindiran tertentu kepada pihak-pihak yang berasa bangga tanpa rasa bersalah menggunakan bahasa rojak dalam perbualan seharian. Gambar ini dengan jelas menunjukkan seorang lelaki menggunakan bahasa rojak ketika bercakap di dalam telefon. Sebenarnya terdapat beberapa contoh lain lagi yang juga boleh dikategorikan sebagai bahasa rojak seperti :
Tempat makan ni best sangat! (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
Nak makan sini ke nak tapau? (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)
Buat malu kompeni betul! (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris dieja mengikut sistem sebutan lisan bahasa Melayu)
ULASAN : Situasi penggunaan bahasa rojak ini secara tidak lansung telah mengikis identiti bahasa Melayu itu sendiri yang diburukkan lagi dengan perkembangan teknologi moden menerusi telefon bimbit seperti penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS). Lebih memburukkan keadaan apabila pengaruh bahasa rojak ini terus menular dalam penulisan karangan bahasa Melayu di sekolah. Bahasa Melayu itu indah, jika kita tidak peliharanya, ini akan menjadi isu besar kepada negara. Jangan disebabkan teknologi dan kemodenan, kita merasakan bahawa bahasa Melayu standard itu tidak penting kerana ini akan menjadi punca kepada kemerosotan bahasa ibunda kita sendiri.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan