Rabu, 14 Mac 2012

#8 Penjodoh Bilangan : Batang?


Saya tersenyum sendiri apabila kali pertama melihat gambar ini. Saya sebenarnya tidak pasti tujuan sebenar ayat ini ditulis kerana ianya boleh membawa kepada beberapa maksud. Saya dapat mengenalpasti kesalahan yang terdapat dalam ayat di atas iaitu kesalahan daripada aspek penjodoh bilangan. Ayat di atas tidak menggunakan penjodoh bilangan yang betul bagi merujuk kepada 'rambut'.

ULASAN : Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, saiz dan sebagainya. Contoh penjodoh bilangan adalah seperti batang, buah, ekor, orang dan sebagainya. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'rambut' ialah 'helai' yang digunakan untuk barang yang tipis. Penjodoh bilangan 'batang' lebih sesuai digunakan untuk benda-benda yang panjang seperti sungai, galah, tiang,pen, pokok dan tongkat.

......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan