Jika sebelum ini saya pernah menulis mengenai peribahasa dan juga simpulan bahasa. Kali ini pula saya akan menulis mengenai pepatah. Pepatah
merupakan salah satu daripada jenis peribahasa. Pepatah dilihat seakan-akan sama
dengan bidalan tetapi pepatah mempunyai sifat rangkaian kata-kata yang
berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mengandungi unsur-unsur pengajaran.
Pepatah juga lebih menitikberatkan sifat ringkasnya di samping ketepatan
perkataan dan kebenaran pengajaran yang diungkapkan di dalamnya. Dengan kata
lain, setiap patah perkataan yang digunakan membawakan unsur pengajaran kepada
pendengarnya walaupun ada juga pepatah yang tidak memuatkan sebarang pengajaran
secara khusus. Ungkapan pepatah adalah berasal daripada patah-patah perkataan.
Antara contoh pepatah Melayu adalah seperti :
Indah khabar dari rupa, Alah membeli menang memakai, Alah bias tegal biasa,
Biar lambat asal selamat dan banyak lagi pepatah yang selalu digunakan
dalam pergaulan harian masyarakat Melayu sebagai unsur nasihat dan pengajaran
seperti yang terdapat dalam jadual di bawah:
Pepatah Melayu
|
Maksudnya
|
Ditelan mati emak,
diluahkan mati bapa.
|
Susah memilih kerana
kedua-dua pilihan sama penting.
|
Gajah sama gajah
berjuang, pelanduk mati
di tengah-tengah.
|
Orang besar-besar
berselisih, rakyat yang menderita.
|
Guruh tak berbunyi,
malang tak berbau.
|
Kemalangan berlaku
tanpa diketahui terlebih dahulu.
|
Harapkan pagar,
pagar
makan padi.
|
Percaya akan orang
yang mengkhianati kita.
|
Kalah jadi abu,
menang
jadi arang.
|
Kedua-dua pihak yang
berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang atau
siapa yang kalah. Kedua-duanya hangus.
|
Sepandai-pandai
tupai
melompat,
akhirnya jatuh ke
tanah juga.
|
Orang yang pandai akan
melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu pandai melakukan jenayah,
sekali jatuh pun cukuplah susah.
|
Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
|
Bekerjasama dan saling
menolong.
|
Sehari selembar
benang, lama-lama
jadi kain.
|
Sedikit demi sedikit,
lama-lama berhasil juga.
|
Biar putih tulang,
jangan putih mata.
|
Rela mengorbankan
nyawa daripada menanggung malu.
|
Di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan.
|
Orang yang
bercita-cita akan berusaha mencapainya.
|
Genggam bara api,
biar
sampai jadi arang.
|
Bersabar melakukan
kerja yang susah sehingga berjaya.
|
Jika tidak
dipecahkan
ruyung,
manakan dapat sagunya.
|
Kejayaan tidak akan
datang begitu sahaja tanpa berusaha.
|
Takut kerana salah,
berani kerana benar.
|
Berasa takut kerana
melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani.
|
Buang yang keruh,
ambil yang jernih.
|
Buang yang jahat,
ambil yang baik.
|
ULASAN : Sebagai
seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita sepatutnya menghayati keindahan dan
kehalusan pepatah Melayu, iaitu yang terhasil daripada pemerhatian dan penelitian terhadap
alam semulajadi. Fenomena alam
semula jadi yang diperhatikan dan diteliti dikaitkan pula dengan pengalaman
kehidupan seharian dan digunakan untuk menggambarkan sifat-sifat manusia dan
keadaaan masyarakat yang wujud di sekitarnya secara halus. Selain itu, kita juga
dapat melihat sesuatu yang amat unik, menarik dan istimewa sekali dalam pepatah
yang diberikan dalam hubungannya dengan kehidupan masyarakat Melayu baik yang
silam mahupun yang ada pada masa sekarang. Pepatah tetap tidak luntur dan
segala yang digambarkannya adalah refleksi kepada kehidupan masyarakat itu
sendiri.
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan